Raja Farah Bukan Berlagak Diva..
May 8th, 2008Kecoh di tempat penggambaran tak lama dulu pasal RAJA FARAH yang dikatakan berlagak diva. Rata-rata krew penerbitan filem dikatakan memulau Raja Farah yang disifatkan agak mengada-ngada dan tidak menghormati orang tua. Dipendekkan cerita, rupanya ada yang menjadi dalang dan menjaja mengenai sifat kekwat RAJA FARAH tersebut yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh yang empunya diri. Kepanasan suasana telah membuatkan RAJA FARAH meletup dan memarahi si pembuat cerita.
[ cerita lama p ramlee? klik sini]
Kata RAJA FARAH,
Apabila saya tanya krew dan pelakon lain, mereka tak pula komen sikap saya. Yang peliknya, hanya krew itu saja yang tak sudah-sudah mengata dan menyimpan dendam hingga sanggup menghasut orang lain membenci saya. Walaupun terpaksa jadi kera sumbang di lokasi apabila pelakon dan krew mula menjauhi, saya masih tak ambil pusing tetapi saya jadi berang apabila krew itu memanggil saya dengan gelaran yang tak sepatutnya.
Saya sudah lama makan hati dan menahan marah, apabila meletup jangan salahkan saya mengeluarkan kata-kata yang agak kurang ajar. Siapa pun tidak akan dapat menahan sabar jika diperlakukan begitu apatah lagi dipanggil dengan perkataan yang kurang elok. Saya ada nama dan maruah diri. Bagaimanapun, Raja Farah berkata, dirinya tidaklah menyimpan dendam terhadap krew terbabit walaupun rentetan peristiwa itu, dia terpaksa melepak di rumah lebih sebulan apabila tiada tawaran berlakon.
Sambil merenung jauh, Raja Farah, 20, mengakui, Walaupun semuanya sudah selesai dan krew berkenaan sudah pun meminta maaf pada saya atas keterlanjurannya, saya dapat rasanya ia adalah `plastik’ kerana terpaksa mengikut arahan pengarah. Nak atau tidak, dia terpaksa berdepan dengan saya kerana kami shooting bersama selama tiga bulan.
Namun kini, RAJA FARAH tidak perlu lagi memandang kebelakang kerana telah terpilih menjadi pengacara rancangan Filem Di 9 yang ke udara setiap Isnin, jam 10.30 malam di TV9.
—————————————————————————————————————–
FILEM TERBARU RAJA FARAH - APA KATA HATI
Akan berada di PAWAGAM pada 29 Mei 2008
Synopsis
The story revolves around Elly (Raja Farah), a bubbly fashion designer whose boyfriend Aidil (Farid Kamil) is reluctant to propose to her. Although she is successful in life and has both loving parents and a professional career, she and her friend Linda (Dynas Mokhtar) approach a bomoh. She then acquires the power to read men’s thoughts, albeit only within a five-foot range. With her recently acquired power, she explores new romantic interests but soon discovers that her ability is as much a curse as it is a gift. Syokkahwin.com: Bomoh betul2 terror ni..More like Mel Gibson’s movie. But in this movie, it’s the man who can read the women’s mind. Film by SAW TEONG HIN.
syokkahwin.com
Popularity: unranked [?]
Tags: Farah, Bukan, Berlagak